Wednesday, January 6, 2016

Cara Merawat Kesihatan Mata dengan Baik dan Mudah

Cara Merawat Kesihatan Mata dengan Baik dan Mudah. Kesihatan mata memang harus selalu di jaga agar boleh melihat keadaan persekitaran dan juga pemandangan yang indah. Bagaimana jadinya jika mata tidak boleh difungsikan sebagaimana mestinya? Pasti sangat tidak selesa dan tidak enak. Mata merupakan salah satu daripada lima pancaindera yang penting yang dimiliki manusia. Kurang perhatian terhadap kesihatan mata terkadang sering dilakukan oleh setiap orang dengan tingkah laku dan gaya hidup yang sangat tidak menguntungkan bagi kesihatan mata.

Kurang peduli dengan kesihatan mata akan memberi kesan pada timbulnya berbagai penyakit mata yang boleh saja terjadi kepada kita. Contohnya adalah iritasi, rabun jauh, rabun dekat, miopi, katarak, buta warna hingga penyakit berat lainnya. penyakit-penyakit pada mata disebabkan oleh pelbagai alasan dan juga tingkah laku yang kurang baik seperti membaca buku terlalu dekat, membaca sambil berbaring dan kebiasaan yang mungkin tidak disedari dapat berakibat buruk pada mata. Dengan merubah kebiasaan buruk tersebut merupakan langkah utama dalam cara merawat kesihatan mata yang boleh dilakukan.

Dengan mempunyai mata yang sihat dan ceria maka segala aktiviti yang memanfaatkan kegunaan mata boleh dengan lancar dijalani. Selain itu, selalu bersyukur kepada Tuhan kerana memiliki mata yang sihat dan lengkap juga akan memberi motivasi kepada setiap orang untuk selalu mencari cara merawat kesihatan mata dengan baik dan mudah dilakukan sendiri.

Merawat Kesihatan Mata
Menjaga kesihatan mata merupakan tanggung jawab masing-masing individu itu sendiri kerana yang akan merasakan keselesaan dengan mata yang sihat adalah diri sendiri. Berikut ini cara merawat kesihatan mata dengan baik dan juga mudah.

Elakkan membaca buku terlalu dekat. Membaca buku terlalu dekat akan menyebabkan penyakit miopi atau rabun dekat. Jarak normal membaca buku adalah kurang lebih 30 cm dari mata. Selain itu, elakkan membaca dalam keadaan baring kerana akan merosakkan penglihatan yang menyebabkan miopi.

Elakkan membaca ataupun belajar dengan cahaya yang kurang atau malap kerana akan membuat mata cepat lelah dan yang pasti tidak baik untuk kesihatan mata.

Elakkan menatap komputer dan yang lainnya terlalu lama kerana akan membuat mata menjadi lelah. Kalaupun harus menggunakan peranti komputer dengan masa yang lama paling tidak ada berhenti seketika untuk merehatkan mata sejenak.

Elakkan mengucek mata dengan tangan kerana tangan yang tidak terjamin kebersihannya boleh membuat mata menjadi iritasi dan jangkitan pada mata.

Elakkan diri dari kebiasaan merokok kerana para perokok akan sangat terdedah diserang penyakit mata seperti katarak atau kerusakn saraf mata.

Menjaga kesihatan mata juga tidak luput dari sejumlah makanan yang dimakan sehari-hari. Beberapa makanan dikenali kerana khasiatnya yang sangat berpengaruh pada kesihatan mata sehingga dapat terhindar dari penyakit yang tidak diingini. Dan makanan apa saja yang merupakan makanan yang sangat bagus diambil sebagai suatu cara merawat kesihatan mata adalah sebagai berikut.

Makanan Membantu Kesihatan Mata

    Salmon
    Ikan salmon dianggap sangat baik untuk kesihatan mata kerana mengandungi omega-3 yang akan menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan termasuk mata, mengandungi folat, vitamin A, D, B6, dan B12

    Brokoli
    Makanan lain adalah olahan daripada brokoli. Hal ini kerana brokoli mengandungi vitamin C, lutein, zeaxanthin, kalsium, dan sulforaphane.

    Bayam
    Tidak hanya kaya akan zat besi, sayur bayam juga kaya akan vitamin A yang mana memang vitamin untuk kesihatan mata.

    Kubis
    Kubis jga boleh menjaga kesihatan mata kerana kaya akan vitamin A, lutein, dan zeaxanthin.

    Tomato
    Vitamin C dan lycopene yang tinggi dalam tomato sangat baik untuk merawat dan menjaga kesihatan mata.

    Telur
    Telur mempunyai zat pemakanan yang sangat banyak seperti vitamin A, D, B12, lutein, lecithin, zinc, dan cysteine

    Bawang Putih
    Kandungan selenium, vitamin C, dan quercetin yang terdapat dalam bawang putih akan memberikan pengaruh positif pada kesihatan mata.

    Alpukat
    Buah avokado mempunyai banyak sekali kandungan nutrisi seperti vitamin A, C, B6, E. selain itu, dalam buah avokado juga mengandungi lutein yang boleh mencegah katarak dan degenrasi makular mata.

    Lobak
    Sudah menjadi pengetahuan yang sangat umum bahawa lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata kerana vitamin A yang dikandung sangat tinggi.

    Biji Bunga Matahari
    Biji bunga matahari merupakan cemilan yang biasa digunakan oleh siapa saja dan ternyata biji bunga matahari sangat bagus untuk kesihatan mata kerana mengandungi selenium yang mana mempunyai keupayaan untuk mencegah katarak dan penyakit mata lain.

Itulah beberapa cara merawat mata yang boleh anda terapkan sendiri dengan mudah, kerana semuanya menggunakan bahan semula jadi jadi caranya tentu selamat.

1 comments:

  1. Merawat mata memang sangat penting, salah satu cara yang baik yaitu selalu kosumsi wortel dan hindari terlalu lama lihat dan terpaku ke layar lcd. Semoga kita selalu bisa menjaga kesehatan mata. :)

    ReplyDelete